Tuesday, 17 July 2012

Topologi Mesh


Topologi mesh ialah satu cara di mana data, bunyi dan kaedah dihalakan antara nod rangkaian. Ia membolehkan sambungan dan konfigurasi kerosakan atau sekatan laluan diteruskan semula dengan loncatan dari nod ke nod sehingga tiba ke destinasi. Satu rangkaian mesh mempunyai beberapa nod di mana semuanya tersambung satu sama lain adalah sebuah sambungan rangkaian lengkap. Rangkaian mesh berbeza dari rangkaian lain dalam setiap bahagian komponennya yang membolehkan setiap sambungan ke sambungan lain melalui loncatan dan ia biasanya tidak bergerak. Rangkaian mesh boleh juga dilihat sebagai sejenis rangkaian ad hoc. Rangkaian ad hoc bergerak (mobile ad-hoc network atau MANET) dan rangkaian mesh oleh itu mempunyai hubungan rapat, tetapi MANET selalunya membahagi setiap masalah yang dikenal pasti dengan pergerakan setiap nod.
Rangkaian mesh adalah rangkaian yang boleh dibaiki sendiri (self-healing) di mana rangkaian masih boleh beroperasi bila satu nod tidak dapat berfungsi atau kerosakan pada sambungan. Ia merupakan rangkaian boleh dipercayai. Konsep ini dapat digunakan kepada rangkaian tanpa wayar, rangkaian berkabel dan perisian yang bertindak. Gambar animasi menunjukkan gambaran bagaimana rangkaian mesh tanpa wayar diperbaiki.
Rangkaian mesh tanpa wayar adalah aplikasi yang paling kerap dibincangkan di dalam seni bina mesh. Asalnya rangkaian ini dibina untuk aplikasi untuk tentera tetapi telah menjadi evolusi penting sedekat kemudian.

Kelebihan

  • Tahan lasak, jika berlaku kegagalan ia tidak begitu mengganggu rangkaian jika dibandingkan dengan topologi yang lain
  • Mudah untuk diperbaiki


Kelemahan

  • Agak susah untuk dipasang dan konfigurasi semula jika melibatkan komputer yang banyak
  • Kos penyelenggaraan sambungan berulang adalah tinggi

Topologi Cincin (Ring)


Topologi cincin adalah satu topologi rangkaian komputer di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.
Oleh kerana topologi cincin menyediakan hanya satu laluan di antara dua nod, topologi ini mungkin akan terganggu jika berlaku kegagalan di antara satu pautan. Satu nod gagal berfungsi atau kerosakan kabel berlaku menyebabkan semua nod akan terasing dari topologi cincin. Rangkaian FDDI dapat mengatasi kelemahan dengan penghantaran data mengikut arah jam dan arah lawan jam membentuk cincin: jika berlaku kegagalan data akan dihantar balik untuk melengkapkan cincin sebelum ia sampai dihujung kabel, ia bertindak menyelenggarakan sepanjang setiap nod seperti "cincin C". Protokol rangkaian 802.5 -- juga dikenali sebagai rangkaian gelang token IBM -- juga mengelak kelemahan tersebut: mereka menggunakan topologi bintang padalapisan fizikal dan unit akses pelbagai stesen untuk meniru cincin pada lapisan pautan data.
Banyak rangkaian cincin menambah satu "kaunter cincin berputar" untuk membentuk satu topologi berlebihan.

Kelebihan


Kelemahan

  • Satu komputer tidak berfungsi menyebabkan masalah dalam rangkaian.
  • Tidak mudah untuk membaik pulih jika berlaku kerosakan.
  • Kad rangkaian jenis MAU mahal dari kad rangkaian jenis ethernet.
  • Lebih perlahan dari rangkaian ethernet.



Topologi Bintang (Star)



Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari komputer akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab.
Topologi bintang ini juga boleh dikembangkan untuk membentuk rangkaian yang dikenali sebagai topologi bintang hibrid iaitu sambungan dengan beberapa hab.


Hab aktif

Hab jenis aktif menjana semula isyarat elektrik dan menghantarnya kesemua komputer dalam rangkaian. Hab ini juga dikenali sebagai multiport repeaterHab dan switch jenis aktif memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi.


Hab pasif


Hab jenis pasif hanya bertindak sebagai punca penyambungan yang akan menguatkan atau menjana semula sebarang isyarat yang melaluinya. Hab jenis pasif tidak memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi.


Kelebihan

  • Mudah untuk diubahsuai dan menambah komputer dalam bintang tanpa mengganggu rangkaian.
  • Baik pulih rangkaian mudah dilakukan di pusat bintang.
  • Satu komputer rosak tidak semestinya menjejaskan rangkaian.
  • Boleh menggunakan beberapa jenis kabel dalam rangkaian yang sama, dengan hab yang boleh menerima jenis-jenis kabel yang berlainan.


Kelemahan

  • Rangkaian tidak dapat berfungsi jika hab gagal berfungsi.
  • Memerlukan peranti di pusat bintang untuk rebroadcast atau tukarkan(switch) trafik rangkaian.
  • Harga lebih tinggi kerana semua kabel perlu ditarik daripada pusat.


Thursday, 5 July 2012

Topologi Bas (Bus)



Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi rangkaian komputer yang paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang, yang menyambungkan semua komputer dalam rangkaian ke dalam satu barisan.


Penghantaran Isyarat

Data dalam rangkaian berada dalam bentuk isyarat elektronik, ia dihantar kepada semua komputer dalam rangkaian. Maklumat ini hanya akan diterima oleh komputer yang mempunyai alamat yang sepadan dengan alamat yang dikodkan oleh isyarat asal. Hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar isyarat atau data dalam tempoh satu masa.
Oleh kerana hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar data dalam satu masa, maka ini akan memberi kesan kepada prestasi rangkaian apabila bilangan komputer dalam rangkaian bertambah. Semakin banyak komputer yang tersambung maka semakin lama komputer menunggu giliran untuk menghantar data dan rangkaian akan menjadi semakin perlahan.
Selain itu, ada juga faktor lain yang mempengaruhi kelajuan rangkaian, antaranya:
  • Keupayaan perkakasan komputer dalam rangkaian.
  • Jumlah kekerapan komputer menghantar data.
  • Jenis aplikasi yang sedang dilaksanakan dalam rangkaian.
  • Jenis kabel yang digunakan dalam rangkaian.
  • Jarak di antara satu komputer dengan komputer yang lain dalam rangkaian.

Lantunan Isyarat

Data yang berupa isyarat elektronik yang dihantar ke seluruh rangkaian akan bergerak dari pangkal hingga ke hujung kabel rangkaian. Jika isyarat ini tidak dihentikan, isyarat ini akan melantun ke hadapan dan ke belakang di sepanjang talian tersebut. Ini akan menyebabkan komputer lain tidak dapat menghantar isyarat atau data. Maka dengan itu isyarat ini harus dihentikan setelah ia sampai ke alamat yang dituju.



Kelebihan


  • Mudah dilaksanakan
  • Sesuai untuk rangkaian sementara atau rangkaian kecil yang tidak memerlukan kelajuan tinggi (pemasangan segera)
  • Kos yang murah
  • Lebih efektif kerana menggunakan satu kabel
  • Kerosakan mudah dikesan



Kelemahan


  • Jika satu kabel rosak atau terputus, maka keseluruhan rangkaian tidak dapat berfungsi. Ini kerana berlakunya lantunan isyarat di dalam rangkaian.
  • Panjang kabel dan bilangan komputer terhad
  • Menjadi perlahan apabila banyak komputer disambungkan




Apa Itu Topologi Rangkaian?


Topologi rangkaian atau Network Topology bermaksud corak susunatur atau layout pattern pelbagai elemen yang terdapat di dalam rangkaian komputer. Topologi boleh bersifat logikal atau fizikal. Topologi Logikal berkaitan dengan pemindahan data secara logikal manakala Topologi Fizikal berkaitan dengan rekabentuk fizikal rangkaian termasuklah lokasi dan pemasangan peranti dan kabel.

Antara contoh-contoh topologi :-

- Line